Followers

Friday, November 15, 2013

MLM 2013 - 16 Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

 
Assalammualaikum,
Jumaat lalu telah berlangsungnya Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2013 dan menyaksikan 3 kumpulan telah terpilih untuk bertanding dengan 13 peserta lain di MLM2013 dan menjadikan 16 peserta kesemuanya. MLM 2013 akan berlangsung pada 15 November ini. Tahniah pada kumpulan MaMu, Zero dan Gerak kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan utama dan bersama dengan pelawak popular yang lain. Amir dan Bell menerusi kump Shake membuat kejutan kerana berjaya membuat penonton ketawa dengan sketsa diorang namun rezeki takde kerana diorang tidak terpilih. Rasanya kump Zero paling kelakar semalam diikuti MaMu dan kump2 lain. 
 
Apapun jom tengok senarai penuh 16 peserta yg akan menyertai MLM2013 ini.

1) Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)
2) Nabil (peserta solo)
3) JamBu (Yus & Tauke)
4) BoBoi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)
5) SaywHo (ada pertukaran ahli baru)
6) ShiRo (Ajak & Shahrol)
7) WaLa (Juara Raja Lawak Musim 7)
8) BoCey (Achey & Bochik- Juara n Naib Juara Bintang Mencari Bintang TV3)
9) KuCai (Arin, Munir & Mamat Sepah)
10)SYJ (Syuk Balas, Yassin & Jihan)
11)OsaMa (Os & Isma Alif)
12)CoMey (Suhaimi, Ropie & ?)
13)TuLang (Along Raja Lwk, Didie Alias & Soya)
14)MaMu (Abu & Ajo)
15)ZeRo (Naib Juara Raja Lawak 6)
16)GeRak (Pak Cu, Anu (XN3) & ?)

Boleh tahan gak peserta2 yg masuk ni, MLM ni, ikutkan kalau dah juara pun mmg boleh masuk lagi. Sebenarnya teringin juga nak tengok JOZAN bertanding bersama-sama Sepahtu mesti sengit habis tapi nampaknya JOZAN nak berehat tahun ni dan bagi peluang pada pelawak lain disamping diorang pun baru jer bergelar juara MLM2012 Januari lalu kan. Apapun Good Luck untuk semua peserta. Rasanya ramai yg meramalkan SepahTu ada peluang cerah untuk bergelar juara. Apapun kita tunggu dan lihat jer k hehe.
 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.