Namun, belum ada satu pun temubual dipenuhi penyanyi antarabangsa tempatan ini meskipun sudah mengesahkan dia kini berhijab menerusi ‘publicist’, Joe Saiful.
Sehubungan itu, RAP amat berbesar hati apabila wanita berbakat itu atau nama pentasnya, Mizz Nina sudi memberikan secebis ruang bagi merakamkan pengalamannya sekembali dari Makkah.
Bagi memperoleh kenyataan secara empat mata daripada pemilik nama sebenar, Shazrina Azman, 33, penulis sendiri melakukan ikhtiar dengan mengunjungi gerai Nina di pusat beli-belah Amcorp Mall di Petaling Jaya, kelmarin.
Nina menyambut kehadiran penulis dan sahabat yang juga seorang jurugambar dengan mesra tanpa menolak pelawaan kami.