Followers

Thursday, November 7, 2013

Lapan pemain TRW hijrah

Lapan pemain TRW hijrah 
Dari kiri, Nor Farhan, Syakir dan Azizi sah meninggalkan TRW.

SKUAD Liga Super Kelantan bakal berubah wajah apabila lapan pemainnya meninggalkan The Red Warriors menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial  Facebooknya, semalam.

Menurut Annuar, lapan pemain itu ialah Daudsu Jamaluddin, Syakir Shaari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Izuan Salahuddin.

"Saya ucapkan penghargaan dan terima kasih serta selamat maju jaya kepada mereka.

"Perjalanan TRW diteruskan dengan penuh tabah tanpa mereka," katanya yang akan mengumumkan senarai pemain TRW untuk musim 2014 sebelum akhir bulan ini.

Sama seperti musim lalu, isu perpindahan pemain TRW kali ini turut dikaitkan dengan Johor Darul Takzim (JDT) apabila pasukan gergasi selatan tanah air telah mengesahkan mendapatkan khidmat Daudsu dan Subramaniam.

Nama Azizi dan Syakir juga dikaitkan dengan JDT untuk saingan musim depan.

Penyerang prolifik Kelantan, Nor Farhan yang sebelum ini bersedia membuat pusingan U untuk kekal bersama TRW turut disenaraikan dalam barisan pemain JDT untuk menghadapi Liga-M musim depan.

Sementara Indra Putra pula bakal menyarung jersi Felda United, manakala Rizal Fahmi yang kontraknya tamat hujung tahun ini bakal menyertai Selangor.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.