Followers

Monday, November 4, 2013

Kesan Gaji Minimum Dikaji 6 Bulan Selepas Laksana

Datuk Richard Riot Jaem  
Datuk Richard Riot Jaem

SERIAN - Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji kesan kadar gaji minimum yang dilaksana mulai 1 Januari depan pada pertengahan 2014.

Menteri berkenaan Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kajian itu yang dijangka bermula pada Mei atau Jun, akan memfokus kepada keadaan ekonomi semasa serta kesan penguatkuasaan gaji minimun.

"Kajian semula tersebut selaras dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang mengkehendaki kadar berkenaan dikaji setiap dua tahun," katanya pada sidang akhbar selepas Program Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Serian di Kampung Krusen Mawang hari ini.

Semalam, pada satu majlis di Labuan, Riot berkata gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksana sepenuhnya mulai 1 Januari 2014.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengambil kira semua perkara yang boleh menjejas pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan. - Bernama
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.