Followers

Tuesday, November 12, 2013

Ibu Shila Restu Johan Dan Shila

Ibu restu Shila-Johan 
Shila-Johan

"TAK ada sebab kenapa saya tak suka dengan Johan," itulah antara kata-kata ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah mengenai hubungan anak daranya bersama pelakon, Johan Asaari.

Menurut Fauziah Sarman atau lebih mesra disapa Kak Zie, dia sedia menerima Johan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sekiranya ada jodoh bersama Shila.

"Kak Zie merestui persahabatan Shila dan Johan. Malah, Kak Zie dan Abang ND tak pernah melarang Shila untuk berkawan dengan sesiapa, baik Johan mahupun Naib Johan.

"Jodoh dan ketentuan, semuanya ditangan ALLAH SWT, kita tidak mampu nak menghalangnya. Siapa  sahaja pilihan Shila, kami terima.

"Namun, buat masa ini, hubungan Shila dan Johan hanyalah kawan rapat sahaja, tidak lebih daripada itu. Lagipun, dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, Shila mahu fokus dalam kerjaya terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini, pelakon filem, Balada Pencinta itu pernah mengakui selesa berkawan dengan Shila dan tidak menolak sekiranya ditakdirkan bersama.

Malah, hubungan mereka juga menunjukkan reaksi positif daripada keluarga Johan sendiri apabila ibu bapanya sedia merisik anak dara ND Lala itu.

Tepati kriteria calon menantu?

Akui Kak Zie, dia senang dengan hubungan persahabatan itu setelah melihat beberapa kriteria yang ada pada Johan termasuk latar belakangnya.

Menurutnya, sebagai ibu bapa, mereka bukanlah ingin mencari kesempurnaan dalam diri lelaki yang ingin mendampingi Shila.

"Sebagai manusia, memang tak ada yang sempurna, namun kita perlu mencari pasangan yang baik-baik dan seharusnya mendapat restu daripada orang tua.

"Walaupun kami tidak menghalang Shila untuk berkawan, namun dalam soal pemilihan pasangan, Shila perlu lebih bijak dan belajar dari pengalaman lalu.

"Apa yang saya nampak, Johan seorang yang baik, menghormati orang tua dan tidak kurang juga dalam ilmu agama. Kriteria itu perlu ada pada ketua keluarga, kerana tugas memimpin bukan kerja mudah," katanya yang mengakui inginkan yang terbaik buat Shila.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.