Sumber ohartis.com
Ibu Shila Amzah “Johan Calon Menantu Yang Sesuai”
Ibu Shila Amzah “Johan Calon Menantu Yang Sesuai”
“Tak
ada sebab saya tak suka dengan Johan”. Itulah kata-kata ibu kepada
penyanyi Shila Amzah apabila ditanya akan hubungan intim antara anaknya
itu dengan aktor semakin dikenali, Johan As’ari. Fauziah atau lebih
mesra dipanggil Kak Zie juga memberitahu yang beliau tidak menolak
ketentuan takdir jika Johan adalah jodoh buat anaknya.
“Tak ada sebab kenapa saya tak suka dengan Johan, jodoh dan ketentuan, semuanya di tangan Allah SWT, kita tidak mampu nak menghalangnya. Siapa sahaja pilihan Shila, kami terima.”
Kak
Zie juga menyatakan pandangannya terhadap Johan sebagai seorang yang
sangat baik, mempunyai agama ilmu yang tinggi serta sentiasa menghormati
orang tua. Sifat sebegitu sudah memadai untuk menjadi calon menantu
yang sesuai kepada sesiapa sahaja untuk mengemudi bahtera rumahtangga
yang terbina nanti.