Jika sebelum ini hanya gambar pra-perkahwinan Rozita Che Wan atau Che Ta sahaja yang dibidik oleh jurugambar profesional, Annas Eskay, kali ini kelibat Zain Saidin turut hadir di Bali, Indonesia.
Pasangan sensasi ini berkunjung ke pusat peranginan terkenal itu kerana ingin mengabadikan gambar pra perkahwinan mereka berdua di sana.
Che Ta sebelum ini menjalani sesi foto pra-perkahwinannya di Eropah bersendirian kerana Zain pada ketika itu terikat dengan komitmen kerja dalam siri sitkom Oh My English!
Walaupun sakan mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan selain majlis merisik di tempat eksklusif iaitu di Carcosa Seri Negara, pasangan ini masih belum mendedahkan tarikh sebenar mereka bakal diijabkabulkan.
Walau bagaimanapun, mereka dijangka berkahwin pada Disember ini dan satu sidang media khas akan diadakan untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka tidak lama lagi.