Gara-gara memuat-naik sekeping gambar ke laman Instagram miliknya, pelakon Fizo Omar telah dihentam peminat. Gambar berkenaan diambil oleh Fizo Omar pada malam sebelum hari perasmian tudung eksklusif pertunangan Fizo dan Mawar,
Sabtu lepas. Dalam gambar tersebut memaparkan beberapa orang peminat
tudung Fareeda sedang berkampung di hadapan butik jenama tudung terkenal
itu di Bangi, semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran.
Memetik laporan Ohbulan,
susulan perkongsian foto itu, terdapat pelbagai tanggapan negatif telah
diberikan oleh pengikut laman sosial Fizo. Meneliti setiap respon yang
diberikan, terdapat segelintir antara mereka mengatakan tindakan yang
dilakukan oleh peminat tudung Fareeda itu hanya satu perbuatan sia-sia
dan tidak masuk akal. Dalam pada itu, ada juga antara mereka mendakwa
kononnya Fizo dan Mawar sengaja mengambil kesempatan atas populariti
mereka berdua.
Setelah mendapati ramai yang telah salah
anggap mengenai foto tersebut, Fizo telah memuat naik satu lagi status
di laman sosialnya, bagi menjelaskan situasi sebenar. Menurut
Fizo, tujuan utama dia berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi
kemeriahan yang disambut baik oleh peminat jenama tudung terkenal itu
dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kontroversi mengenai hubungannya
dengan anak pemilik butik tersebut. Bagaimanapun, status yang dimuat naik menerusi laman sosial Fizo ini telah pun dipadam semalam.