Followers

Saturday, November 30, 2013

Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua..disebabkan blog ni dah lame terbengkalai dan tidak diusik, saye akan cuba utk majukan semula blog ni ye..mintak maaf lah kepada Shironattors semua ye..saye ni masih sekolah jadi susah sikit nak online selalu ni...sorryyyyyy :3
Ok..saye akan mulakan post pertama dengan cerita pasal movie pertama yang akan dilakonkan oleh dua orang ahli Shiro iaitu sape lagi kalau bukan abang Shahrol dengan abang Ajak..hehe..nama movie ni 'Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang' bila baca sinopsis dia, mesti korang akan rase tak sabar nak tengok cerita ni kan? lagi2 semua Shahrolians dengan AjakLovers kat luar sane tu.. xD dan lagi satu, filem ni jugak akan dibintangi oleh Ustaz yang sebenar tau! nak tau sape?? Ustaz Azhar Idrus, penceramah yang popular tu lah..best kan? hehe...saye ni dah lah minat dengar ceramah UAI ni...saye sendiri pon tak sabar nak tengok nanti..ni saya ade tuliskan sinopsis filem ni ye...sudi2lah bace!
> SINOPSIS <
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka  dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai masalah.
Haaa..apakah perasaan anda, Shironattors semua, lepas je dah bace sinopsis tadi? adakah anda tidak bersabar untuk tengok filem ni nanti? *tibe je buat ayat skema nih* -.-" hahaha! xD ehem2..ok..sambung balik..kalau korang nak tau..takkan setakat Shiro je yang berlakon dalam filem ni kan? mestilah ade pelakon2 popular yang lain jugak..antaranye ialah :
Pelakon Utama - Shahrol Shiro, Ajak Shiro
Pelakon - Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek
Pengarah - Pierre Andre
Terbitan - Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
Itulah dia pelakon2 yang lain ye..puas hati tak? mesti lah tak kan..bila lah agaknye filem ni nak keluar ek..tak sabar nak tengok kan..sabo jelahhhh..takpe lah..asalkan Shiro dah ade filem baru! tahniah abang Shahrol ngan abang Ajak!! baru je popular sebab dapat no.3 dalam MLM 2012, terus je dah popular..Alhamdulillah..Congratulation SHIRO! #BuddyzShiro #Shironattor #Shahrolian #AjakLover
Lastly, ni ade beberape gambar dari filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang..ENJOY! X3
OK! Nampaknye itu sahaje lah gambar2 yang saye penat cari kat Facebook..saya tamatkan post kali ni ok..InsyaAllah ade masa nanti saye akan bercerita lagi pasal Shiro..Assalamualaikum semua! BYE!
Comments
1 Comments

1 comments:

Unknown said... [Reply]

Assalamualaikum yana. Fiza tgk disebalik tabir pun da tergelak2, dgr iklan dekat radio pun tak bole tahan. Klu tgk cerita UMTAD mesti gelak pecah perut :)

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.