Followers

Sunday, November 24, 2013

CANTIK! DIANA AMIR BERBASIKAL

  Untitled

PELAKON  Diana Amir telah menyertai lawatan kerja delegasi Malaysia ke Jepun. Lawatan ke Jepun meliputi lawatan ke kilang Yakult Fuji Susono (berhampiran Gunung Fuji) dan Institut Penyelidikan Mikrobiologi Yakult.

Semasa menyertai lawatan itu Diana Amir telah memakai seragam Yakult lady ketika melakukan proses penghataran Yakult yang dibuat dari rumah ke rumah.

Lawatan kerja delegasi Malaysia turut disertai  jurulatih kecergasan yang juga pakar pemakanan, Kevin Zahri bertujuan menyediakan peluang kepada media untuk meneroka dan belajar tentang pelbagai aspek probiotik termasuk aplikasi terkini bagi kesihatan manusia.

Sebagai info, dengan mengambil Yakult ia boleh membantu menjaga kesihatan kita kerana yakult baik untuk usus selain daripada meningkatkan sistem imunisasi dan juga mencegah penyakit hasil daripada bakteria baik di dalam produk ini
Comments
1 Comments

1 comments:

Unknown said... [Reply]

alaaa...comeinya..dah macam kakak jepun aku tengok..hihi..

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.