Kuala Lumpur: “Apabila baca (artikel), saya terfikir apa dia akan
jawab di akhirat kelak selepas keluarkan kenyataan begitu?” kata pelakon
Aeril Zafrel mengenai gosip terbaru mendakwa dia dan pelakon Ummi
Nazeera pernah berkahwin secara rahsia sebelum ini.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, berkata, dakwaan terbaru itu adalah percubaan pihak tertentu untuk menggugat reputasi dan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal yang baru setahun jagung.
“Terang-terang ia fitnah. Ia artikel tidak berakhlak daripada orang
yang hilang akhlak. Padahal, saya hanya berkomunikasi dengan Ummi
menerusi laman sosial saja mengenai kerja semata-mata.
“Saya tak pernah pun jumpa Ummi atau pergi ke lokasi penggambaran (filem Penanggal) seperti didakwa. Apatah lagi untuk kami berkahwin pula?” katanya.
Gosip terbaru itu timbul selepas kontroversi perkahwinan rahsia aktor itu dan Wawa kecoh diperkatakan bulan lalu.
Katanya, dia pelik dengan motif sebenar di sebalik penerbitan artikel berunsur fitnah itu.
“Bayangkan, akibat artikel itu ada yang melabel saya seorang Syiah kerana kahwin sesuka hati. Malah, fitnah itu juga menimbulkan keraguan kepada bapa mentua saya pada mulanya.
“Apa yang dia fikir mengenai saya walhal benda itu tidak betul? Mujur Wawa sentiasa ada di sisi, jadi dia tahu dan faham itu fitnah,” katanya.
Tambah Aeril, bagaimanapun dia mengambil pendekatan positif walaupun timbul perasaan terkilan dengan dugaan terbaru itu.
“Saya sendiri tak tahu kenapa benda ini perlu timbul? Tapi tak perlulah saya marah-marah atau melenting di laman sosial. Rasanya semua sudah faham dan terima pengakuan (perkahwinan) saya sebelum ini.
“Sekarang orang bercerita mengenai kehidupan baru saya sebagai bapa, tetapi mengapa masih ada pihak bercerita mengenai hal sudah dan tidak betul pula?” katanya yang bakal terbabit dalam penggambaran sebuah filem tidak lama lagi.
Sementara itu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin yang kini mengikuti pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology, Australia membidas gosip berkenaan sekeras-kerasnya.
Katanya seperti dimuat naik menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya, @umminazeera1, tuduhan berkenaan tidak menghormati dirinya dan keluarga.
“Pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril Zafrel secara berdepan. Yang kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya. Tolong pastikan fakta anda tepat.
“Saya melihat perkara ini sebagai jalan merosakkan nama saya. Saya harap anda dapat membetulkan semula kesilapan yang sudah dibuat.
“Saya beragama Islam. Saya tidak perlu berkahwin atau lelaki untuk melakukan hijrah. Ini (tuduhan) sangat mengarut,” katanya.