Followers

Saturday, November 16, 2013

12 Faktor Zaman Kejatuhan Dato' Siti Nurhaliza ?

 Zaman Kejatuhan Dato' Siti Nurhaliza
Sumber limauais.com

 Lewat kebelakangan ini DCT seolah mengalami zaman kejatuhan. Bukan perkara baru, tapi sudah berlaku sejak 7 tahun kebelakangan ini. Berikut adalah antara faktor yang dikatakan penyebab penyanyi nombor 1 negara ini tidak lagi bertakhta di nombor 1.
1. Kontroversi perkahwinan dengan Datuk K
- Perkahwinan ini dikatakan menyebabkan ramai peminat beralih arah, lebih-lebih lagu gossip terdahulu yang dinafikan beliau akhirnya benar2 terjadi.
2. Kurang mendapat lagu-lagu sedap, tidak lagi Juara Carta
-album-album beliau sejak Hadiah Daripada Hati (2007) dilihat gagal melahirkan lagu-lagu potensi malar segar, dan kedudukan juara di carta muzik juga tidak sekerap beberapa penyanyi lain seperti Najwa Latif, kumpulan 6ixth Sense dan Stacy. Hanya satu atau dua lagu beliau yang berjaya menjuarai carta dalam tempoh setahun, bagaimanapun jumlah itu masih boleh dibanggakan.
3. Ratu Selfie
- kecanggihan media sosial tidak diabaikan beliau, maka lahirlah akaun-akaun media sosial seperti twitter dan instagram. Namun, beliau dikatakan seolah-olah silap menggunakan kecanggihan teknologi tersebut termasuk berselfie sebanyak mungkin di intagram hingga mendapat gelaran ratu selfie, sedangkan pada tahap sekarang beliau harus dilihat lebih eksklusif untuk tatapan peminat.
4. Sudah mula menyanyikan lagu-lagu penyanyi yang lebih junior
- sejak munculnya artis-artis yang tidak seangkatan dengan beliau seperti aizat, yuna, shila amzah dan lain-lain, siti sudah tidak kisah menyanyikan lagu-lagu penyanyi yang jauh lebih mentah. cubaan cover version ini dilakukan di pentas-pentas korporat (terukir di bintang) & konsert-konsert/program di TV (dgn aizat, najwa latif dsbg). Sepatutnya siti tidak boleh terlalu kerap menyanyikan lagu-lagu artis yang lebih muda kerana beliau perlu menjaga standard tinggi yang telah beliau ciptakan. Ketika zaman kegemilangannya, siti tidak begitu gemar nyanyikan lagu-lagu daripada pesaingnya seperti Liza Hanim, Misha Omar, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah, sebaliknya beliau sudi nyanyikan lagu penyanyi yang lebih senior daripadanya.
5. Album tidak laris, jualan digital juga tidak memberangsangkan
- peminat tegar siti kini berada pada usia 25 - 45 tahun, dan tidak lagi mempunyai peminat yang ramai di bawah 25 tahun. Kuasa beli yang ada pada golongan peminatnya sekarang tidak berupaya memujuk peminat tegar yang dikatakan ramai ini untuk membeli fizikal CD yang diterbitkan beliau. 4 album mutakhir daripada beliau tidak begitu laris. Kali terakhir albumnya terjual lebih daripada 100,000 unit adalah album Transkripsi (disebabkan kualiti album yang bagus). Siti cuba mengalihkan perhatian kepada penjualan digital seperti di Itunes & sebagainya, tetapi jumlah jualan tidak begitu sehebat artis-artis muda yang lain. barangkali peminat-peminat siti banyak berada di luar bandar, maka kesedaran download official yang berdaftar tidak begitu meluas.
6. Bergantung kepada show-show kerajaan & GLC
- faktor penguasaan bahasa inggeris yang masih lemah menyebabkan siti masih bergantung kepada show-show di bawah GLC dan kerajaan, disamping terpaksa menyertai konsert-konsert percuma anjuran kerajaan sedangkan siti masih gagal memikat syarikat-syarikat multinasional untuk membuat persembahan. Jika ada, ia tidak sekerap beberapa artis lain.
7. Terlalu banyak membuat kemunculan dalam acara anugerah
- sejak berkahwin, siti banyak muncul dalam majlis-majlis anugerah yang tidak berkaitan dengannya, seperti Anugerah Skrin dan FFM (contohnya). Kekerapan muncul dalam acara anugerah seperti tidak membantu membina eksklusiviti kepada beliau. Beliau juga tidak lagi muncul eksklusif di pentas AIM atau AJL, sebaliknya terpaksa berkongsi segmen dengan banyak artis lain. Setelah menarik diri drpd menyertai AJL dan ABP, beliau dilihat masih membuat persembahan khas di acara-acara ini sekaligus seolah-olah menunjukkan dia masih bergantung kepada dua acara ini. Pun begitu, beliau masih belum diberi peluang untuk muncul di pentas-pentas anugerah yang lebih baru dan terkini (contohnya shout awards)
8. Kemenangan anugerah tidak lagi begitu mengujakan
- masih lagi dicalonkan di pentas anugerah setempat dan serantau, jika menang, kemenangan tidak lagi seghairah dulu kerana beliau mengulang memenangi anugerah yang sama saban tahun. lewat kebelakangan ini biarpun kalah dalam beberapa acara, beliau masih dicalonkan. Pun begitu pencalonan dengan material yang tidak kuat menyebabkan nama beliau tercicir daripada senarai menang sorak.
9. Gagal bergelar singer-songwriter
-disebabkan dewasa ini material lagu yang bagus amat sukar didapati, beliau harus mengasah bakat menjadi singer songwriter seperti penyanyi wanita yang lain.
10. Tidak digemari kerana imej
- makin tidak digemari kerana imej yang merapu sejak dua menjak ini
11. Masuk campur dalam urusan politik / sukan
- sebagai figura popular di malaya, komen2 dct semestinya dipandang banyak pihak. Tp kesilapan beliau dalam mengulas isu-isu yang di luar bidang nya menyebabkan dct di attack oleh pihak2 lain. Ini seolah2 menggali lubang kubur sendiri
12. Bisnes menyebabkan dct terpaksa jd kapitalis
- ketika zaman kegemilangan, dct pernah buat perniagaan selain terlibat dlm industri rakaman. tp selepas melancarkan produk kecantikan, beliau terpaksa memainkan peranan yang lebih agresif dalam bisnes, bagi memastikan perniagaan itu berjaya. Sehingga kini, perniagaan tersebut masih disifat dalam proses dibangunkan. Malang disini sekiranya tindak tanduknya  yang mungkin 'tidak popular' dalam bidang perniagaan menyebabkan pengikut (baca: peminat-peminat) makin kurang percaya kepadanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.