Haha Kecoh betul
sidang media Aeril dan Wawa. Ini semua gara-gara kepoyoan dan over
acting beberapa wartawan hiburan yang membuat provokasi di majlis
tersebut.
Seperti yang
ditonton di Melodi, sidang itu agak kecoh sedikit dan Wawa serta Aeril
telah beredar dari sidang media sebelum bersetuju membuat temubual
kepada MELODI yang lebih tertib temubualnya.
Ramai juga yang
mempersoalkan tindakan Zubir yang melabel pasangan itu munafik padahal
mereka sedang beribadah dengan bernikah untuk menghindarkan maksiat.
Pasangan itu mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkahwinan mereka
kerana risau dengan "kontrak David Teoh" yang mungkin membolehkan Wawa
Zainal disaman. (kita tak tahu apa isi kandungan kontrak itu kan kan
kan..)
LAPORAN blog MAZEER MOHAMMAD:
SEBAGAI seorang wartawan hiburan senior seharusnya Zubir menunjukkan sikap profesional ketika menjalankan tugasnya.
Ini sebaliknya
terjadi apabila dikatakan berlaku sedikit ketegangan semasa sesi sidang
media Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang diadakan di Neo
Damansara, semalam.
Majlis itu
diadakan oleh pasangan tersebut untuk menjelaskan kisah perkahwinan
kontroversi yang sebelum ini berjaya dibongkar oleh akhbar sisipan
mingguan Berita Harian, Bipop.
Zubir juga
meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram dengan menggelar
kedua-dua pelakon muda itu sebagai munafik dan jahil dalam hal agama
berkaitan isu panas itu.
Pada pandangan
peribadi penulis, di mana letaknya nilai etika seorang wartawan dalam
diri Zubir dan siapa dirinya untuk mempersoalkan Aeril dan Wawa sebagai
jahil dan munafik?
Seharusnya Zubir bermuhasabah diri dan tidak terus menghentam pasangan ini.
Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini, sama juga dengan anda Zubir.
Jadi tak perlulah anda menjadi Tuhan dengan menghukum kesilapan orang lain yang langsung tiada kena-mengena dengan diri anda.
Di bawah ini merupakan keterangan yang ditulis Zubir menerusi laman Instagramnya:
Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini.Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa.Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad @azaharihamid