Aduh-aduh..ada lagi rupanya cerita panas mengenai pelakon, Wawa Zainal yang kini sudah disahkan sebagai isteri Aeril Zafrel.
Khabarnya, dia masih lagi tunangan orang sewaktu bernikah dengan Aeril pada 25 Februari 2012!
Mengulas laporan akhbar Berita
Harian, seorang guru yang dikenali sebagai Abdul Rashid mengaku bahawa
dia dan Wawa pernah mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 atas desakan
keluarga Wawa.
Bagaimanapun, majlis tersebut
tidak dihadiri oleh Rashid dan Wawa kerana berada di Kuala Lumpur dan
hanya disempurnakan oleh kedua-dua belah keluarga mereka sahaja di Lahad
Datu, Sabah.
Menurut Rashid lagi, dialah yang
membawa Wawa berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memulakan hidup baru
sehinggalah pelakon itu bernaung di bawah MIG.
Namun, bagi mematuhi kontrak
syarikat Wawa itu, mereka merahsiakan hubungan itu dan Rashid sanggup
menunggu lima tahun lagi bagi memberi laluan kepada pelakon itu untuk
membina kariernya.
Ujar guru itu lagi, dia hanya
mengetahui berita perkahwinan Wawa pada Selasa lalu selepas diberitahu
oleh seseorang, namun tidak mengendahkan sehinggalah pelakon itu sendiri
menghubunginya pada hari Rabu.
“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya
kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya
menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di
internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik
saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur”, jelas Rashid.
Katanya lagi, pelakon itu mengaku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Pengakuan Wawa itu membuatkan Rashid segera meminta keluarganya memutuskan pertunangan pada Jumaat lalu.
Hai, tak tahulah benar atau tidak cerita
terbaru ini. Kami lihat sekarang ini semua orang begitu
bersungguh-sungguh membuat pendedahan yang kami kira semakin
‘memanaskan’ isu ini.
Apapun, segalanya terserah kepada Wawa kini sama ada mahu memberi penjelasan pula mengenai isu ‘pernah bertunang’ ini.
Oleh: ELZA ~ Sumber :