Followers

Saturday, October 12, 2013

'Takut dengan Tuhan, bukan saya'

David Teo  
David Teo

KUALA LUMPUR - “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.

“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.

“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.

“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG, David Teo.

David berkata demikian mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Wawa sebelum ini menegaskan, hubungannya dengan Aeril mendapat tentangan David.

“Saya dilarang keras untuk menjalinkan hubungan bersama Aeril!,” luah Wawa pada sidang media yang diadakan bagi memberi penjelasan mengenai statusnya kini.

Tegas Wawa hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril tidak disenangi David sejak awal lagi.

Menurut Wawa, faktor utama dia bertindak menyembunyikan pernikahannya itu adalah untuk menghormati pendirian David.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.