Followers

Saturday, October 5, 2013

Shila diarah tutup mulut

Shila Amzah  
Shila Amzah


"SHILA tak akan bagi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu!," tegas ibu kepada penyanyi cantik, Shila Amzah, ketika ditanya mengenai kenyataan balas bekas kekasih penyanyi itu.

Menurut ibu Shila, Fauziah Sarman, anak perempuannya itu tidak mahu memanjangkan isu itu lagi sehingga memburukkan keadaan.

"Minta maaf, Shila tidak mahu bercakap mengenai perkara itu lagi. Biarlah dia (Sharnaaz) seorang sahaja yang keluarkan kenyataan.

"Lagipun, ayah Shila tak benarkan untuk membuat kenyataan balas mengenai perkara ini dan tidak mahu memanjangkannya," katanya mewakili bagi pihak Shila.

Kontroversi ini tercetus apabila Shila, menerusi laman Twitternya menulis pendapat mengenai filem, Bencinta yang sedang ditayangkan di pawagam.

Dalam tulisannya, Shila turut menyatakan rasa takut untuk menonton filem yang berkisarkan mengenai penderaan terhadap wanita, seolah-olah pernah melalui perkara yang sama dalam kehidupannya.

Tulisan itu mendapat respons daripada bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Malah, Sharnaaz juga turut menyatakan kesudiannya untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya itu.

Walaupun enggan mengulas dengan lebih lanjut, Shila sempat menulis di Twitternya dan menafikan tulisan sebelum ini bukanlah mengaitkan bekas kekasihnya itu.

"Saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun.. So please, takyah kaitkan la..!"
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.