Followers

Thursday, October 24, 2013

'Saya sayang Uqasha'

Uqasha Senrose 
Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

BERHENTILAH dari mencipta provokasi! Ianya hanya salah faham semata-mata,” tegas pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad, berhubung dakwaan orang ketiga dalam hubungan cinta pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Dengan nada tenang, pelakon drama, Ruby ini memberitahu bahawa segala kekusutan dan salah faham selama ini akhirnya berjaya diselesaikan dengan cara yang berhemah.

Menurut Sharnaaz, perjumpaan bersama Pekin pada dua hari lalu, diharapkan dapat membersihkan namanya dari terus dilabel sebagai perampas kekasih orang.

“Pada malam Rabu lalu, saya ada berjumpa dengan Pekin sambil menikmati hidangan char kuew teow. Kesempatan itu, saya gunakan untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Dalam perjumpaan itu, kami berbincang untuk memperbetulkan keadaan di mana Pekin harus tahu tiada apa yang istimewa antara saya dan Uqasha.

“Ia hanya salah faham dan perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang cukup tenang,” katanya yang enggan mensensasikan kisah ini lagi.

Tambah Sharnaaz, dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan punca keretakan hubungan pasangan itu.

“Saya sayangkan Uqasha sebagai kawan. Sayang saya pada Pekin juga sama banyak. Lagipun, saya dan Pekin dah berkawan lebih tiga tahun.

“Saya dan Uqasha memang rapat namun, kami hanya berhubung di lokasi sahaja memandangkan kami menjalani penggambaran bersama. Tak pernah pula berlanjutan sampai ke luar lokasi dan ke rumah.

“Dalam kes ini, saya dan Pekin biasa-biasa sahaja dan hubungan mereka tidak pernah putus seperti yang diuar-uarkan. Cuma orang luar yang provok lebih-lebih menjadikan ianya semakin teruk,” katanya yang turut memohon maaf kepada pasangan itu sekiranya dia dikatakan punca.


Nasihat untuk Pekin

Turut menasihati pasangan itu, Sharnaaz memberitahu, setiap hubungan yang dibina pastinya ada dugaan.

Pernah melalui kenangan pahit dalam hubungan cinta bersama penyanyi, Shila Amzah, yang kecundang di tengah jalan, akui Sharnaaz, dugaan yang diterimanya lebih berat jika dibandingkan dengan Pekin dan Uqasha.

“Segala ‘paku dan besi’ saya telan semasa bersama Shila. Malah, dugaan itu diibaratkan lebih bersifat 'heavy metal' berbanding mereka yang hanya berkonsepkan ‘pop balada’.

“Bergaduh itu dalam 'makanan' dan perkara normal dalam bercinta. Namun jangan sampai ianya memudaratkan hubungan itu. Saya tak nak tengok mereka sedih,” katanya yang turut mengakui tahap barannya kini lebih terkawal berbanding dahulu.

“Kalau diberi tiga skala baran, saya kini berada di bawah dari skala satu. Malah, saya boleh memberi peluang kepada diri saya untuk berbincang terlebih dahulu sekiranya ada masalah.

“Namun, tengok pada tempat juga. Kalau ianya terlalu menduga kesabaran, boleh pergi sampai skala 300,” katanya dalam nada gurauan.

Berkongsi perkembangan seninya, Sharnaaz memberitahu, dia bakal digandingkan bersama adik Uqasha, Nellydia Senrose, menerusi drama bersiri adaptasi novel, Bukan Aku Tak Cinta, untuk tayangan Astro Mustika HD.

Sempat berjenaka, Sharnaaz berkata, dia sememangnya  perlu berhati-hati untuk bekerja dengan pelakon yang sudah berpunya.

“Dulu kakak, sekarang adik dia pula. Ini yang buat saya takut. Tak pasal-pasal dikaitkan dengan adik lepas ni.

“Saya rasa, produksi yang mahukan khidmat saya perlu mencari pelakon wanita yang solo untuk elakkan perkara sama berulang,” guraunya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.