Followers

Thursday, October 17, 2013

Peluru dalam kerongkong Masih senyum

Ipoh: Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu bercakap dan tersenyum, semalam, walaupun sebutir peluru tertanam di kerongkongnya.

Mohd Amar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), malam Isnin lalu, selepas terkena tembakan dilepaskan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Klinik Parit sebelum menjalani ujian imbasan X-ray di Hospital Batu Gajah dan dipindahkan ke HRPB.

Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, keadaan anaknya itu dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

Foto
 MOHD Amar cedera parah terkena tembakan.

Foto
DR Cheang menunjukkan imbasan X-ray peluru yang menembusi kerongkong mangsa.


“Walaupun peluru tertanam di dalam kerongkongnya, dia masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa.
Comments
1 Comments

1 comments:

awhnymous said... [Reply]

waduh, ngeri ya, peluru masih dalam kerongkongan masih bisa tersenyum

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.