Rita Rudaini pernah memasuki pertandingan Dwi Remaja, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyya dan Julia Hana.
Tawaran kerja bermula apabila Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.
Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja, Rita disunting pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun.
Nama Rita menjulang naik dalam bidang peragaan lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang memaparkan wajah Rita adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.