Followers

Saturday, October 26, 2013

3 Gambar Motosikal kena angkut dalam operasi

Motosikal kena angkut 
Anggota-anggota penguatkuasa DBKL mengangkut motosikal penduduk untuk disita dan ditempat di depoh simpanan Jinjang.
 
Motosikal kena angkut 
Anggota-anggota penguatkuasa DBKL mengangkut motosikal penduduk untuk disita dan ditempat di depoh simpanan Jinjang.

Motosikal kena angkut   
Anggota-anggota penguatkuasa DBKL mengangkut motosikal penduduk untuk disita dan ditempat di depoh simpanan Jinjang.
 

KUALA LUMPUR - Tindakan degil penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intan Baiduri membawa naik motosikal ke unit kediaman, membawa padah apabila kenderaan tersebut disita dalam operasi bersepadu awal pagi semalam.

Operasi dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama beberapa jabatan di bawahnya dan PDRM itu dibuat hasil intipan oleh anggota penguatkuasa perumahan DBKL.

Operasi bermula jam 1 pagi itu membabitkan seramai 100  anggota.

Sebanyak 28 motosikal disita dan di bawa ke depoh simpanan Jinjang untuk dituntut pemilik melalui pembayaran kompaun terlebih dahulu.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, tindakan  penghuni itu adalah kesalahan dalam perjanjian penyewaan rumah PPR, Perumahan Awam (PA) yang melarang penghuni meletakkan apa-apa benda di kaki lima atau tangga atau mana-mana tempat yang disediakan untuk kegunaan bersama.

Menurutnya, PPR Taman Intan Baiduri merupakan salah satu dari 10 kawasan perumahan PPR/PA dikenal pasti mempunyai masalah penghuni degil membawa naik motosikal.

“Tindakan ini menyebabkan berlaku kerosakan lif kerana lebihan muatan, justeru DBKL sedang mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap penghuni-penghuni tersebut.

“Sejak September hingga Oktober, sebanyak 241 motosikal telah disita dan di kompaun yang membawa denda maksimum sebanyak RM2,000.

"Sekiranya didapati terdapat penghuni yang melakukan kesalahan berulang, mereka boleh dikenakan tindakan penamatan perjanjian sewa dan akan diarahkan keluar daripada unit tersebut,” katanya dalam sidang media sempena operasi tersebut.

Beri alasan bimbang dicuri

Bimbang motosikal dicuri alasan utama penghuni PPR itu membawa naik motosikal mereka.

Menurut Mhd Amin, DBKL telah menyediakan tempat letak motosikal yang turut dilengkapi tempat untuk mengunci kenderaan itu yang sepatutnya digunakan penghuni.

“Seramai 30 anggota penguatkuasa ditempatkan di bawah Jabatan Pengurusan Perumahan yang akan bertanggungjawab membuat rondaan dan pemantau.

“Seramai 20 pegawai DBKL juga ditempatkan di unit-unit PPR di beberapa kawasan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang melanggar peraturan sewa berdasarkan intipan yang dibuat, dan kita mempunyai perancangan untuk menambah 60 lagi ‘spy’ ini,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan terhadap penyewa ingkar bayar sewa masih diteruskan dan sejak dibuat, kutipan tunggakan sewa sangat positif.

“Enam bulan sebelum ini, jumlah tunggakan mencatatkan sehingga RM54 juta, tetapi kini tunggakan telah berbaki RM23 juta,” katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.