Followers

Friday, October 4, 2013

2 mayat ditemui di kawasan R&R

BAGAN SERAI: Mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh kejam dengan diikat kaki dan tangan serta muka diserkup dengan plastik lutsinar ditemui disumbat dalam bonet sebuah kereta jenis Proton Waja di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, di Alor Pongsu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mayat berkenaan dijumpai dalam kereta yang diletakkan di depan tandas wanita kawasan R&R itu, selepas polis mendapat laporan daripada orang awam yang curiga mengenai bau busuk serta lalat menghurung bonet kereta itu.

Menurut sumber, polis yang sampai ke lokasi penemuan kereta mendapati ia dalam keadaan berkunci dan kemudian terpaksa bertindak memecahkan cermin tingkap pintu belakang bahagian pemandu untuk membuka kereta bagi memeriksa bonet.

"Sebaik bonet kereta itu dibuka, anggota polis menemui dua mayat lelaki yang diikat kedua-dua tangan dan kaki serta muka diserkup dengan plastik.

Foto

MAYAT dua lelaki yang dipercayai dibunuh kejam dengan diikat kaki dan tangan serta muka diserkup dengan plastik lutsinar. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.

"Berdasarkan maklumat awal dari orang awam dan pekerja lebuh raya itu, kereta Waja berwarna perak berkenaan dipercayai sudah ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak waktu senja semalam, namun tiada siapa mensyaki apa-apa kerana belum berbau busuk ketika itu," katanya di sini, hari ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.