Followers

Thursday, October 10, 2013

12 Gambar Kapal Terbang Terhempas di Sabah


KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada  2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.
Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

UPDATE:
  • 4.40PM - Bernama melaporkan 2 penumpang dalam kecederaan serius. 
  • 5.00PM - 6 dilaporkan cedera dan 3 dalam keadaan parah.
Kenyataan Malaysia Airlines System (MAS)
"Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Fokus syarikat penerbangan ketika ini ialah menyelamatkan penumpang dan krew. 
"Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan di tapak nahas dan akan memberikan perkembangan terkini mengenai keadaan itu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA


  • 8.00 PM -Mangsa dipindahkan ke Kota Kinabalu menggunakan Helikopter
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.