Followers

Sunday, September 22, 2013

Video Drop Test iPhone 5C dan iPhone 5S


iPhone 5S dan 5C baru sahaja mula dijual hari ini dan ramai yang tertunggu-tunggu video ‘drop test’ kedua-dua iPhone ini. Setiap kali iPhone baru dikeluarkan, pasti ada video seperti ini ditunjukkan untuk melihat ketahanan iPhone tersebut.

Drop test iPhone 5 tahun lepas menunjukkan ketahanan yang hebat kerana ianya tidak rosak apabila dijatuhkan berkali-kali, diletakkan di dalam ais dan dicelup di dalam air.

Hari ini, pihak Android Authority melakukan drop test untuk kedua-dua model baru iPhone 5S dan 5C. Adakah iPhone 5S tahan lasak seperti iPhone 5 sebelum ini dan mampukah plastik polikarbonat iPhone 5C bertahan apabila dijatuhkan berkali-kali? Sumber ohgeekz.com

Lihat video drop test tersebut di bawah
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.