Followers

Monday, September 23, 2013

Tegar Akui Pernah Terjebak Dengan Gejala Sosial




Tegar Akui Pernah Terjebak Dengan Gejala Sosial

Penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septia, tidak menyangka bahawa kehidupan yang dahulunya sebagai seorang pengemis jalanan akan berubah menjadi senang seperti ini.

Tegar mengakui, sepanjang tempoh kehidupannya sebagai pengemis jalanan, dia pernah terjebak dengan masalah sosial di kalangan pengemis cilik yang bermasalah.

“Kenangan sewaktu jadi pengemis jalanan itu tidak indah, gaya hidup dijalanan sangat bebas, sebab itu saya pernah terjebak masalah sosial seperti merokok dan menghidu gam.

“Ianya terjadi kerana terpengaruh rakan-rakan, namun, kini tidak lagi, saya sudah tidak buat semua perkara negatif itu.” ujarnya ketika ditemui sewaktu sesi lepak dan santai bersama Tegar baru-baru ini.

Walaupun kehidupannya kini sudah jauh berubah, namun Tegar sentiasa mengingati pesan ibunya supaya tidak meninggi diri.

“Alhamdulillah, kehidupan saya berubah, sejujurnya saya juga tidak menyangka saya akan dikenali seperti ini.Saya dapat beli rumah dan juga motor.

“Bersyukur sangat kerana saya dapat mengubah kehidupan keluarga saya, beri keselesaan kepada mereka, tetapi penat juga ya menjadi penyanyi, jadualnya padat tapi ialah demi rezeki saya tetap seronok walaupun penat.” ujar penyanyi cilik yang popular dengan lagu 'Aku Bukan Yang Dulu' ini.

Selain itu, penyanyi berusia 12 tahun ini juga menganggap populariti yang dikecapinya menerusi lagu tersebut adalah rezeki daripada tuhan.

"Ini semua rezeki dari tuhan, saya juga tidak tahu bagaimana caranya saya boleh sepopular ini kerana saya tidak pernah memuat naik lagu yang saya nyanyikan.

"Kemudian barulah saya mendapat tahu, video lagu tersebut telah dimuat naik oleh orang-orang yang merakamkan nyanyian saya semasa saya membuat persembahan di jalanan suatu ketika dulu." ujarnya mengakhiri perbualan.


Dalam perkembangan lain, Tegar sekarang bernaung di bawah label Harpa Records di Indonesia. Sementara di Malaysia pula adalah di bawah syarikat Rusa Music. Album sulungnya berjudul Tegar and Sahabat sudah pun berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Ogos.

Sumber : Astro Gempak
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.