Followers

Thursday, September 26, 2013

Saya tidak takut, datang jumpa saya

'Saya tidak takut, datang jumpa saya' 
 Abdul Rahim menunjukkan SMS ugutan yang diterimanya, semalam.

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi langsung tidak takut terhadap ugutan bunuh yang diterima beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), dua hari lalu.

Bahkan beliau bersedia untuk bersemuka dengan individu berkenaan pada bila-bila masa sahaja tanpa rasa gentar.

“Kalau gentle (berani) sangat, hubungi saya, bagi tahu nak jumpa di mana, kita jumpa, jangan main ugut macam ni.

“Sebagai pegawai kanan, ugutan sebegini biasa bagi saya. Sebelum ini pun saya dah terima  banyak SMS berbaur ugutan. Saya tak takut malah akan lebih tegas dalam menjalankan tugas diamanahkan kepada saya," tegas beliau ketika ditemui media pada majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013, semalam.

Abdul Rahim dilaporkan menerima ugutan itu menerusi SMS ke telefon bimbitnya ketika berada di pejabat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi, Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS itu mengandungi ayat ugutan berikutan tidak puas hati berhubung satu kes tembak bulan lalu.

Sementara itu, timbalannya, Datuk A Thaiveegan turut menerima sms ugutan pada 19 September lalu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pagi kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua kes ugutan terhadap mereka kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.