Followers

Sunday, September 1, 2013

Rundingan dengan Anwar buang masa, kata Naib

  
Rundingan dengan Anwar buang masa, kata Naib Presiden Umno
September 02, 2013

Tawaran rundingan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya "buang masa", kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini.

Shafie bekrata, kerajaan tidak perlu menghiraukan sebarang tawaran yang dibuat Anwar kerana pilihan raya sudah berakhir, sebaliknya kerajaan perlu memfokuskan untuk memerintah negara selepas mendapat mandat baru pada 5 Mei lalu.

"Pilihan raya sudah berakhir, tidak perlu kita beri platform kepadanya lagi. Bagi kita, apa yang penting sekarang ialah kita teruskan memerintah negara dan bangunkan negara, satukan rakyat.

"Pandangan saya ialah ia membazirkan masa sahaja dialog dengan Anwar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Usahawan Luar Bandar 2013 di Seri Pentas pagi ini.

Beliau berkata, rundingan itu tidak mendatangkan sebarang faedah dan tidak akan membantu kerajaan dalam meningkatkan khidmat kepada rakyat.

"Tidak ada manfaat untuk berdebat dan manfaat," katanya.

Selain Shafie, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menolak tawaran rundingan itu serta mengganggapnya sebagai satu tindakan terdesak.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Anwar mengambil tindakan itu selepas Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam hampir semua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Muhkriz Mahathir turut mempersoalkan motif Anwar untuk menggesa perbincangan di antara dua gabungan politik yang bertelagah itu.

Minggu lalu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi membincangkan tawaran tersebut tetapi hanya Datuk Seri Najib Razak yang layak mengumumkannya.

Anwar dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara PR dan BN.

"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, minggu lalu.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik," katanya. - 2 September, 2013.-tmi
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.