Followers

Thursday, September 19, 2013

Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya


JURULATIH badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini.

Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Beliau disahkan menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.

Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM, Tan Aik Mong.

Kenny turut mengesahkan peletakan jawatan Rashid kepada sebuah stesen televisyen.

Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan beberapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.

Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media tergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat.

Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.

Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.