Seperti yang kita semua maklum, dua pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
sering dilaporkan sebagai pasangan yang sedang hangat bercinta.
Bagaimanapun masing-masing antara mereka tidak pernah memberi kenyataan
yang jelas mengenai status hubungan mereka. Sehinggalah baru-baru ini
tersebarnya satu gosip yang mengatakan Aeril dan Wawa sudah bernikah
namun mereka merahsiakan pernikahan mereka dari pihak media dan peminat.
ambah memanaskan lagi gosip berkenaan,
ada yang mengatakan Wawa yang sudah lama menghilang sebenarnya telah
selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang. Kebetulan dari gosip
tersebut, Wawa Zainal sememangnya lama menghilang dari dunia hiburan
kerana kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya
penyakit berkaitan makhluk halus dan kini berada di kampung halamannya
di Sabah.
Namun biasalah, gosip tetap gosip.
Cerita sebegini tidak boleh dipercayai sehinggalah kenyataan rasmi
dikeluarkan dari mulut tuan punya badannya sendiri. Oleh itu, Aeril
Zafrel tampil memberi penjelasan dalam satu laporan Kosmo! berkenaan isu tersebut.
Penjelasan isu gosip cinta dan bernikah dengan Wawa Zainal?
“Saya tidak tahu hendak kata apa
(ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika
saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti
bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama
sahaja (ketawa)”
“Sekarang status kami berdua hanyalah
sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak
dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di
Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia
berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.”
Komen Aeril berkenaan gosip Wawa sudah hamil?
Di sini saya ingin memohon tolong jangan
sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain.
Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi
aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak
benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.
Ok, jelas bahawa gosip yang disebarkan
tidak benar dan diharapkan janganlah sebarkan cerita yang tak tahu asal
usulnya. Bagaimanapun buat Aeril dan Wawa, jangan sembunyikan kisah
cinta dan pernikahan anda untuk mengelakkan dari terus tersebarnya
cerita kurang elok. ~ Sumber Amboi.com