Followers

Tuesday, September 3, 2013

Microsoft Membeli Nokia Secara Rasmi


Pihak Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka telah pun mengambil alih perkhidmatan Nokia bersama-sama dengan peranti syarikat tersebut. Berikutan pengambil alihan ini, pihak Microsoft juga memperoleh akses terhadap perkhidmatan pemetaan, paten dan hak cipta.

Pihak Micorsoft dan Nokia dilihat berjaya dengan peranti Lumia mereka yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Phone tetapi peranti tersebut belum dapat memintas kedudukan sistem pengoperasian daripada Google iaitu Android dan Apple yang menggunakan iOS, kedua-duanya kini menjadi pilihan majoriti pengguna.

Pihak Microsoft dikatakan akan membayar EUR 3.79 bilion untuk tujuan mengambil alih peranti Nokia dan EUR 1.65 billion untuk perkhidmatan pemetaan, paten dan hak cipta (jumlah total RM 23.76 bilion).
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.