Followers

Monday, September 9, 2013

Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila


Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search – Susulan daripada berita kemalangan yang melibatkan aktress Nabila Huda dan anaknya Keisha pada petang semalam, bapanya, Amy Search mengakui sudah pergi melawat anak dan cucunya di hospital.

Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila Amy Search

Jelas penyanyi rock ini, dia mengetahui berita kemalangan yang melibatkan anaknya itu apabila kawan Nabila memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

“Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri dan buat masa ini keadaan semuanya tenang.”

“Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila di tahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-Tray kerana tangan kirinya retak.

“Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut,” kata Amy yang dipetik menerusi portal Murai.

Dalam pada itu, Amy turut menyokong kata-kata bekas menantunya yang mempertikaikan tindakan Nabila membawa Keisha ke tempat kerja.

“Jika saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak. Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.

“Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri. Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila,” ulas Amy Search.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.