Tanjung Malim: Seorang anggota polis hanya
sempat menunggang motosikal berkuasa tinggi yang baru dibelinya
kira-kira sebulan, apabila dia menemui ajal dalam keadaan mengerikan
akibat kemalangan, malam kelmarin.
“Mangsa yang datang dari arah Tanjung Malim tidak sempat mengelak kereta itu yang cuba membuat pusingan U. Rempuhan kuat pada pintu kereta menyebabkan mangsa tercampak ke seberang jalan.

ANGGOTA polis melihat motosikal mangsa yang remuk teruk.
“Mangsa yang tidak sempat bangkit kemudian dirempuh pula sebuah Proton Saga BML. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa mati di lokasi kejadian,” katanya.