Pada hari Ahad yang lepas telah
berlangsungnya majlis cukur jambul bayi sulung kesayangan Fasha Sandha
iaitu Putra Rayfal Ramli. Majlis itu bagaimanapun kelihatan lebih
istimewa apabila Nora Danish dan keluarganya turut sama hadir meraikan
Rayfal.
Umum tahu bahawa Rayfal adalah anak
kedua suami Fasha, Rizal Ashram yang mana sebelum ini pernah berkahwin
dengan Nora Danish dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra
Rayqal Ramli.
Sebelum ini Nora pernah membuat kejutan
kepada semua peminatnya apabila melawat Fasha yang sedang berpantang dan
bayinya yang baru dilahirkan.
Sejak dari itu, peminat mula menarik
nafas lega melihat pada hubungan baik yang kembali terjalin antara Nora
dan Fasha. Malah, Nora dan keluarganya turut meluangkan masa beraya
bersama keluarga bekas ibu mertua di samping Fasha dan suaminya.