Melaka: “Biarlah saya cedera pun tidak
mengapa, tetapi jangan pengguna lain,” kata Md Yusof Wali Mahmud, 47,
yang nekad membelok lori dipandunya hingga terbalik semata-mata mahu
mengelak daripada melanggar kenderaan lain selepas brek lori itu
mengalami kerosakan ketika menuruni bukit di Persimpangan Ayer Keroh
Lama, Bukit Beruang, di sini, semalam.
“Ketika menuruni bukit dari arah IPK, saya terkejut apabila brek lori tiba-tiba tidak berfungsi dan melihat beberapa kenderaan lain di depan sedang menunggu lampu isyarat yang ketika itu merah.

KEADAAN lori sarat dengan muatan tanah yang terbalik di persimpangan Air Keroh Lama.
“Bagi mengelak berlaku perlanggaran, saya membelok ke kiri persimpangan jalan itu hingga menyebabkan lori dipandu terbalik di tengah jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.