Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan
polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan
kes ini ke mahkamah.”
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

AZMAN
mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan
Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.
Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.