KUANTAN:
Dua peserta terakhir iaitu Mohd Faizul Sani, 28, daripada Sabah dan Nadia Amira
Othman, 20 (Johor) layak dengan undian melalui aplikasi Samsung Galaxy Entri
melengkapkan dua belas peserta yang terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia
2013 (AF 2013).
Kedua belas pelajar yang terpilih diperkenalkan melalui Konsert Prelude AF 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) daripada Padang MPK 4, di sini, Sabtu.
Sepuluh peserta terawal diumum pada Konsert Top 24 pada Jumaat lalu terdiri daripada empat peserta perempuan iaitu Nur Nabila Razali (Nabila), 21, dari Kuala Lumpur, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, dari Singapura, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, dari Johor dan Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dari Sabah.
Manakala empat peserta lelaki iaitu Chin Teik Meng (Darren), 21, dari Pulau Pinang, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, dari Kedah, Kamsani Jumahat (Sani), 23, dari Singapura dan Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dari Sabah.
Sementara itu, peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa) (Sabah) dan duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) dari Kuala Lumpur.
Pada malam konsert tersebut turut memperkenalkan pengacara yang mengendalikan AF 2013 iaitu pelawak Zizan Razak.
Manakala tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.
Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.
AF 2013 turut menampilkan tiga tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai Inspirer iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir.
Konsert pertama akan disiarkan secara langsung pada 14 September depan pada pukul 9 malam. -Mstar