Followers

Friday, September 6, 2013

10 Tips Pengguna iPhone Perlu Tahu

 iPhone adalah sebuah smartphone yang mengubah landskap dunia teknologi pada tahun 2007. Sehingga kini, ratusan juta pengguna iPhone di seluruh dunia tetapi masih ramai yang tidak tahu beberapa perkara penting mengenai iPhone.
Berikut kami kongsikan 10 tips penting untuk pengguna iPhone.
1. Hard Reset – Jika iPhone anda tiba-tiba mempunyai sebarang masalah, hard reset selalunya akan membantu menyelesaikan apa sahaja perkara. Anda hanya perlu menekan ‘Power button’ dan ‘Home button’ serentak untuk beberapa saat. Tunggu sehingga keluar logo Apple dan lepaskan kedua-dua button tersebut. Selepas itu, semuanya akan pulih semula.
2. Screenshot – Apa yang anda perlu buat adalah tekan ‘Power button’ dan ‘Home button’ serentak selama satu saat sahaja. Skrin anda akan berkelip dan gambar tersebut akan disimpan secara automatik ke dalam galeri.
3. Pass Code – Meletakkan passcode kadang-kala menyusahkan tetapi ia akan menjaga data-data peribadi anda jika iPhone dicuri. Buka Setting > General > Passcode lock.
4. Find My iPhone – Jika anda mahu mengesan semula iPhone anda yang hilang atau dicuri, pastikan anda ‘ON’ find my iPhone ini di dalam setting iCloud. Kemudian, muat turun aplikasi Find My iPhone di App Store secara percuma.
5. Emoticons – Ramai pengguna suka menggunakan emoticons ketika berbual dengan rakan-rakan mereka. Ramai yang tidak mengetahui emoticons yang popular di seluruh dunia iaitu Emoji ada di dalam iPhone dan tidak perlu dimuat turun. Klik Setting > General > Keyboard > International Keyboards > Add New Keyboard > Emoji.
6. Purchased Apps – Setiap aplikasi yang pernah anda beli akan menjadi milik anda selama-lamanya walaupun anda membeli iPhone atau iPad yang baru. Buka App Store > Updates > Purchased untuk melihat aplikasi yang pernah dibeli dan dimuat turun oleh anda selama ini.
7. Fix Home Button – Kadang kala, home button iPhone anda kurang respon dan tidak berfungsi bukan bermakna ianya rosak dan perlu ditukar. Anda boleh mencuba dahulu cara mudah ini. Buka apa-apa aplikasi, tekan power button selama beberapa saat sehingga keluarnya ‘slide to power off’, lepaskan power button tersebut, tekan home button selama beberapa saat sehingga aplikasi tersebut tertutup sendiri.
8. Save Battery – Terdapat banyak cara untuk menjimatkan bateri. Antaranya adalah menurunkan kecerahan (brightness) skrin, menutup wifi/bluetooth apabila tidak digunakan dan tutup notifikasi yang tidak penting. Selain itu, buka ‘Airplane Mode’ ketika tidak mahu menggunakan iPhone anda atau di tempat yang tidak ada liputan.
9. Shortcut to Top Of Page – Jika anda di dalam Safari atau sedang membaca sesuatu, anda hanya perlu ‘tap’ pada bahagian atas skrin untuk kembali ke bahagian atas sekali secara automatik.
10. SIRI – Apple memperkenalkan pembantu peribadi pintar, SIRI pada iPhone 4S. Buka Setting > General > Siri > My Info. Selepas SIRI mempelajari siapa anda dan dimana lokasi anda, ia boleh membantu banyak perkara seperti menunjukkan jalan melalui peta, notifikasi peringatan jika sampai ke sesuatu tempat, membacakan mesej, email dan banyak lagi.
 
Sumber dikongsi dari -http://ohgeekz.com
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.