Followers

Tuesday, August 20, 2013

Tonton Siapa Aku Di Hatimu Full Movie



Klik Sini Untuk Menonton SINI


Sinopsis Siapa Aku Di Hatimu TV1. Kongsikan perjalanan kisah watak Ezran dan Azyun sama-sama menganyam kasih, semasa zaman kolej dan kemudiannya merancang untuk bertunang. Ezran yang kerap ke luar negara atas urusan perniagaan menguruskan perniagaan bapanya sering meninggalkan Azyun. Ada ketika mereka sering terputus hubungan kerana kesibukan Ezran. Rupa yang kacak dan kedudukan keluarga yang baik membuatkan Ezran menjadi dambaan ramai wanita. Takdir Ezran bertemu dengan Ayuni seorang pengurus sebuah syarikat swasta yang dikenalinya semasa urusan ke luar negara.

Lima tahun berlalu. Ezran telah menikah dengan Ayuni. Walau hatinya sebenarnya sukar melupakan kenangan dengan Azyun. Azyun yang tidak langsung pernah mengongkongnya, yang menghormatinya dan sentiasa menjadi pendengar setianya. Hatinya makin dekat dengan Azyun bila Ayuni langsung tidak mempunyai sikap seperti Azyun. Ezran mula sangat merindui Azyun. Lagu Casablanca menjadi mainannya bila merindui Azyun. Kebetulan itulah lagu yang Azyun suka ketika mereka sama-sama masih di kolej dan mengimpikan agar bila mereka bersatu satu masa nanti agar dapat berbulan madu di situ. Namun semua itu hanya tinggal kenangan.

Mengingati Ezran selama bertahun membuatkan Azyun melalui hari-hari tidak seceria dulu. Azyun tahu Ezran sudah menikah dan atas dasar itu Azyun menerima sahaja peminangan daripada seorang anak kawan rapat ibunya iaitu Shahrul. Azyun dan Shahrul menikah. Azyun cuba menyintai Shahrul selepas nikah walau sebenarnya ingatannya sukar melupakan Ezran. Namun Azyun sedar, adalah berdosa dia mempunyai hati dan perasaan pada lelaki lain selain suaminya. Azyun mula menjadi isteri yang setia.

Makin hari ke hari, setiap kali melihat Ayuni yang bertentangan dengan sifat yang didambakannya pada Azyun membuatkan Ezran makin rindukan Azyun. Ezran mahu ke Casablanca untuk memujuk hatinya sendiri agar hidupnya lebih bersemangat selepas ini untuk melayari rumahtangganya yang sunyi ditinggalkan oleh Ayuni. Dalam masa yang sama Ezran juga menyayangi rumahtangganya dengan Ayuni. Untuk mencari Azyun, Ezran langsung tidak punya kekuatan. Ezran juga lupa yang Azyun ditinggalkannya dengan pertanyaan dari Azyun yang masih ada dalam hati iaitu siapa Azyun di hatinya?

Ezran ke Casablanca terlebih dahulu. Kebetulan Ayuni tidak dapat turut serta kerana bertugas ke Jordan dan hanya akan sampai ke Casablanca dalam masa 3 hari lagi. Dalam masa yang sama, 2 hari selepas itu suami Azyun iaitu Shahrul mengatakan dia mempunyai urusan perniagaan di sana dan mahu membawa Azyun. Namun tiba-tiba Shahrul terpaksa menangguhkan penerbangannya ke Casablanca kerana ada urusan lain. Shahrul mengarahkan agar Azyun pergi dahulu dan dia akan menyusul kemudian. Shahrul sebenarnya menggunakan kesempatan pemergian Azyun itu untuk dia menemui bekas kekasihnya yang masih disayanginya iaitu Adira.

Dan Azyun ke Casablanca berseorangan tanpa Shahrul. Melewati pelbagai tempat menarik di Casablanca daripada mercu tanda Casablanca iaitu Jam Old Medina dan pelbagai tempat menarik membuatkan Azyun mampu memenuhi masa sunyinya.

Tempoh 3 hari telah berlalu. Tertakdir Azyun dan Ayuni sama-sama bertemu di Masjid Hassan II selesai solat. Ketika itu Ezran berada di bilik hotel. Azyun dan Ayuni sama-sama berkongsi minat mereka untuk ke Casablanca. Dengan Ayuni mengatakan bahawa pilihan suaminya yang mengimpikan ke Casablanca sekian lama dan kerana itu dia berada di sini. Ayuni menghubungi Ezran dan mengatakan akan bertemu di Rick Café, sebuah restoran yang terkemuka di bandar Casablanca.

Apabila Ezran sampai, Ezran sungguh terkejut melihat Azyun yang sekian lama dirindukannya. Lalu apakah kesudahan kisah percintaan yang sungguh mengharukan ini? Adakah cinta Ezran dan Azyun kembali bersatu? Bagaimana pula dengan Ayuni dan Shahrul?

Lakonan Adi Putra, Fouziah Gaus, Anzalna Nasir, Ammar Alfian dan Lydiawati.

Tonton Siapa Aku Di Hatimu TV1 2013
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.