Ipoh - Seramai tiga pelajar sekolah diberkas kerana disyaki terlibat
dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar bandar raya ini pada Selasa
lalu.
Dua daripada remaja itu yang berusia 16 tahun dan
seorang lagi 17 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung
Sri Kinta, Pasir Puteh di sini pada pukul 1 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata,
ketiga-tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh itu
dipercayai baru berjinak-jinak dengan kegiatan mencuri motosikal di
sekitar bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.
Sumber: Kosmo