Followers

Thursday, August 22, 2013

Ringkasan Sejarah Pemerintahan Mesir


1952: Askar menggulingkan Raja Farouk and mengambil alih kuasa pemerintahan.

1953-2011: 4 presiden tentera; Muhammad Naguib, Jamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, Hosni Mubarak.
Angkatan bersenjata tentera mendapat pelbagai keistimewaan dan membina empayar ekonomi.

Februari 2011: Kebangkitan rakyat menjatuhkan Presiden Mubarak dan kuasa diserahkan kepada Majlis Tertinggi Tentera.

April, November, Disember 2011: Tentera menghapuskan bantahan terhadap pemerintahan tentera di Dataran Tahrir dengan kekerasan.

Ogos 2012: Muhammad Mursi menjadi presiden rakyat yang pertama di Mesir dan mengambil alih kuasa eksekutif tentera.

3 Julai 2013: Tentera menggulingkan serta menahan Mursi dan melantik Adly Mansour sebagai presiden sementara.

14 Ogos 2013: Tentera menggunakan kekerasan terhadap penyokong Mursi dan telah membunuh lebih 600 orang. Pihak berkuasa tentera kemudian mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Sumber: globalsecurity.org, Twitter Dr Maszlee Malik
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.