Followers

Friday, August 2, 2013

Rahsia Kenapa Anak-anak Michael Jackson Bertopeng Terbongkar

Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News.


Paris Jackson berkata, dia mahu menggunakan sebahagian daripada harta pe­ninggalan bapanya untuk membina se­mula Neverland, khusus untuk menghibur kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pelajar itu berkata demikian ketika menceritakan saat bahagia yang dikongsinya dengan bapanya yang mati ketika berusia 11 tahun.
Dia mengunjungi kediaman zaman kanak-kanak­nya dua tahun lalu dan terkejut melihat roda Ferris yang menjadi tarikan utama di situ sudah ditanggalkan.

“Saya menangis dan menangis. Roda Ferris itu memang sesuai di situ. Tetapi ia sudah tiada,” katanya.


Paris berkata, ia perlu dipasang semula untuk faedah kanak-kanak kurang bernasib baik.


Dia merancang memulakan projek itu sebaik mencapai usia dewasa.

Kenyataannya pasti me­ngejutkan jutaan peminat Michael Jackson yang pernah melihat impian superstar itu untuk membina tempat istimewa bagi kanak-kanak musnah.

Paris yang kini berusia 15 tahun juga merancang memberi penghormatan kepada mendiang bapanya de­ngan mentatu kata-kata yang pernah diucapkan Jackson kepadanya pada pergelangan tangannya apabila dia dewasa kelak.

Ketika ini, dia me­ngenang bapanya de­ngan meletakkan gambar Jackson di bilik tidurnya di rumah besar yang didiami bersama dengan abang, Prince, 16, dan adik, Blanket, 11, di atas bukit di Los Angeles.

Mereka dijaga oleh ibu Jackson, Katherine, 82.

“Saya mempunyai ba­nyak kenangan bersama bapa. Dia bapa yang menakjubkan. Kami akan menyayanginya hingga mati. Dia sentiasa cuba mendidik kami seboleh yang mungkin.

“Dia sentiasa mengawasi dan melindungi kami,” kata Paris.

Gadis itu menjelaskan alasan Jackson memaksa mereka bertopeng apabila berada di tempat awam.

“Dia tidak mahu sesiapa melihat rupa kami. Dengan cara itu kami memperoleh apa yang tidak pernah diperolehnya kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Dia juga cuba memberi keluarganya satu kehidupan seperti kanak-kanan lain walaupun mengadakan pementasan di luar daerah atau negara.

“Ini termasuk me­ngubah kamar hotel menjadi pawagam de­ngan projektor mudah alih,” katanya.

Cerita Paris itu menyerlahkan perkara baru dalam kehidupan penuh kompleks Jackson dan sekali gus mendedahkan kasih sayangnya terhadap Prince dan Paris yang dilahirkan oleh bekas isterinya, Debbie Rowe serta Blanket oleh seorang ibu tumpang.

Kehidupan ketiga-tiga anak Raja Pop itu kini dibiayai oleh Yayasan Keluarga Michael Jackson.

Yayasan berkenaan juga bertanggungjawab membayar gaji 15 kakitangan sepenuh masa, termasuk pengawal peribadi, tukang masak, dua pengasuh, pembantu rumah dan tukang kebun di kediaman yang disewa dengan harga AS$26,000 (RM78,000) sebulan itu.

Kediaman mereka dikawal ketat dan kalis paparazi dan antara jiran mereka ialah Justin Bieber dan Britney Spears.

Meskipun kaya dan dari keluarga yang terkenal, Paris belajar di sekolah biasa.

“Saya mahu mempunyai pe­ngalaman bersekolah sama seperti orang lain,” kata­nya yang kini menganggotai pasukan sorak dan mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak selain menceburkan diri dalam bidang fotografi.

Dia turut mewarisi minat bapanya dalam bidang muzik dan mendedah mendiang bapanya pernah mengajar­nya menari.

Namun, Paris tidak merancang menjejaki bapanya dalam dunia hiburan. Impian gadis itu ialah untuk menjadi pakar bedah jantung.

“Saya mahu membantu orang ramai. Itu saja,” katanya.

Dia mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan majalah Event ketika keluarga Jackson bersiap sedia untuk mengemukakan saman berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert Michael Jackson, ‘This Is It’ di Arena 02 London.

Menurut dokumen mah­kamah, Katherine menuduh AEG mementingkan keuntungan besar hasil daripada konsert itu tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan Jackson.

Paris dan abangnya dijangka memberi kenyataan untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi bapa mereka apabila kes itu dibicarakan.
Comments
1 Comments

1 comments:

Nella Yayu said... [Reply]

Wah...

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.