Followers

Tuesday, August 27, 2013

MAJLIS PERTUNANGAN PELAKON, SYANIE DAN NADI PUTERA

Untuk info peminat Syanie, beliau mengesahkan sudah bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor. Syanie juga memaklumkan telah memilih 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan. Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.
gambar pertunangan syanie dan nadi putera
“Setelah berhenti kerja, saya dapat tahu Nadi telah mendirikan rumah tangga tetapi hubungan kami masih lagi kekal sebagai teman biasa sehinggalah dia bercerai dengan bekas isterinya itu. Walaupun sudah jarang bersua muka kami tetap lagi bertanya khabar. Kemudian, hubungan kami mula menjadi rapat apabila sama-sama pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, mereka berbual pelbagai perkara sehinggalah membabitkan hala tuju dan perhubungan bersama. Setelah masing-masing meluahkan perasaan dari hati ke hati, sebulan kemudian kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih,” ujarnya dipetik dari Kosmo!.
Seperti yang kita ketahui, Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu dan sudah 11 tahun menjanda, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4. Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.
Syanie juga memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat. Dibawah ammboi ada kongsikan beberapa foto majlis pertunangan Syanie dan Nadi untuk tatapan peminat:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.