Followers

Wednesday, August 21, 2013

Mahkamah Mesir Mengarahkan Pembebasan Husni Mubarak


Mahkamah Mesir telah mengarahkan pembebasan bekas Presiden Husni Mubarak di dalam suatu kes korupsi.

Laporan dari Kaherah mengatakan kemungkinan beliau akan dibebaskan melalui ikat jamin pada hari Khamis, akan tetapi pihak pendakwaraya masih boleh membuat kes rayuan.

Lelaki berusia 85 tahun itu masih berhadapan dengan dakwaan bersubahat membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan yang telah menolak beliau dari kuasa pada 2011.

Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hidup pada tahun lepas, namun satu perbicaraan semula telah dilakukan selepas rayuan beliau telah diterima.

Perbicaraan semula tersebut dibuka pada Mei lalu tetapi Encik Mubarak telah menjalani jumlah maksimum denda pra-perbicaraan yang dibenarkan dalam kes.

Keadaan Darurat

Hari Rabu (semalam), makhamah di ibu kota telah mengarahkan pembebasan Encik Mubarak, menurut peguam beliau dan sumber kehakiman.

Apabila ditanya bila Encik Mubarak benar-benar boleh meninggalkan penjara, peguam bela beliau Fareed El-Deeb memberitahu Reuters: "Mungkin esok."

Perintah itu telah diputuskan semasa perbicaraan tentang dakwaan bahawa bekas presiden itu telah menerima hadiah dari negeri yang dikendalikan oleh penerbit al-Ahram.

Hakim Ahmed el-Bahrawi, yang menyelia kes tersebut, berkata keputusan itu "adalah muktamad dan pendakwaraya tidak boleh membuat rayuan terhadap perintah itu."

Sebelum itu, pendakwaraya telah membawa dakwaan baru ketika makhamah mengarahkan pembebasan Encik Mubarak--satu keputusan yang bertujuan untuk mengekalkan bekas pemimpin sakit itu dalam tahanan.

Penganalisan mengatakan pembebasan Encik Mubarak -- sekiranya ia berlaku -- akan dilihat oleh orang ramai sebagai tanda pihak tentera telah kembali kepada perubahan yang terjadi dari pemberontakan 2011.

Mesir sedang mengalami keadaan darurat berikutan pertumpahan darah yang mengiringi perbuatan tidak berperikemanusia kerajaan interim terhadap Islamis yang membantah penggulingan Presiden Muhammad Mursi pada 3 Julai lalu oleh pihak tentera.

Ratusan ahli Ikhwanul Muslimin -- satu gerakan asal Encik Mursi -- telah ditahan termasuk pemimpin tertinggi Muhammad Badie, yang dikehendaki atas dakwaan hasutan untuk mengganas dan membunuh.

Tawaran Pengantaraan

Menteri Luar Kesatuan Eropah, pada hari Rabu, telah mengadakan on Wednesday held rundingan segera untuk mengenalpasti respons terhadap sekatan.

Pada mesyuarat di Brussels, mereka bersetuju untuk menghentikan lesen eksport peralatan ketenteraan ke Mesir dan akan menilai semula keselamatan kerjasama.

Senjata diberikan oleh negara-negara individu dan bukan EU secara keseluruhannya; kebanyakannya dari Jerman, France dan Spain. UK telah menggantung beberapa bantuan ketenteraan.

Akan tetapi, bantuan kemanusiaan oleh 28 blok anggota ke Mesir tidak terjejas, meskipun seruan dari beberapa ahli politik EU untuk menghentikan bantuan selepas lebih dari 900 orang dibunuh dalam pertembungan minggu lepas.

Keganasan tercetus apabila pihak keselamatan memaksa dua duduk bantah di Kaherah, oleh rakyat yang menuntut pengembalian semula Mursi, untuk bersurai.

Ketua Dasar Luar EU, Baroness Catherine Ashton, berkata: "Bantuan kepada yang memerlukan akan diteruskan. Semua negara anggota merasakan mereka mahu terus menyokong rakyat Mesir."

Awal sebelum ini, beliau menawarkan diri untuk menjadi pengantara penyelesaian politik kepada krisis ini dan sedang mengambil "langkah-langkah membina keyakinan" antara kerajaan interim dan Ikhwanul Muslimin.

Di Washington, pegawai tertinggi membincangkan pada hari Selasa lalu sama ada mahu mengurangkan $1.3bn (£830m) dalam bantuan ketenteraan yang diberi oleh Amerika Syarikat kepada Mesir setiap tahun. Mesyuarat tersebut dilaporkan tidak memberi sebarang perubahan kepada polisi Amerika Syarikat.

Sumber : BBC
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.