Followers

Wednesday, August 14, 2013

Kedai emas kerugian RM300,000


IPOH - Dua penjenayah dipercayai bersenjata api melarikan barangan kemas bernilai RM300,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Besar dekat Tanjung Malim di sini hari.
   
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata kedua-dua lelaki memakai helmet bercermin hitam serta berpakaian gelap melulu masuk ke arah seorang pekerja berumur 54 tahun yang berada di dalam kaunter kedai berkenaan kira-kira pukul 1 petang.
   
"Seorang daripada suspek mengeluarkan senjata menyerupai pistol daripada beg silang dan arahkan mangsa keluarkan semua barang kemas yang berada di dalam kaunter.
   
"Mangsa sendiri yang masukkan barang kemas ke dalam beg silang suspek," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Suspek beredar dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Legenda bernombor pendaftaran palsu yang diletakkan di hadapan kedai itu ke arah Hulu Bernam, katanya.
   
Suspek berumur 30-an itu bertutur dalam bahasa Kantonis. Seorang daripadanya berbadan gempal.
   
Beliau berkata kedai mangsa tidak mempunyai Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan, namun semakan sedang dibuat terhadap CCTV di kawasan sekitar tempat kejadian. - Bernama
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.