Itu Simbol Pengakap, Bukan Salib – Jehan Miskin. Terbaru, giliran
Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik
sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang
menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang
berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".
Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di
mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama
What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan
berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.
Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya
bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai
fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol
pasukan pengakap.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Jehan Miskin, jom layan beberapa foto
terkini aktor tampan tersebut bersama isteri tersayang, Julie Camelia
Rhee selepas ini. Sebagai maklumat tambahan, Jehan dan Julie telah
diijab kabulkan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.