Followers

Wednesday, August 28, 2013

Drama Diandra Episode 2

Mereka berdua mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar-belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta?

Menyusuli Kisah Cinta, saksikan drama romantik komedi, ‘DIANDRA’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi, mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi.
Diandra
Wujudkah Cinta Antara Mereka? Keserasian Fathia & Aiman Mengundang Konflik. Saksikan drama Diandra bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam di TV3
Diandra (Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.
Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.
Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.
Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.
Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.
Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.
Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal terjawab dalam DIANDRA.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri baru, DIANDRA menerusi slot Lestary di TV3, setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 20 Ogos 2013. Penonton yang terlepas menyaksikan DIANDRA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter, Instagram & Youtube TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.