Followers

Sunday, August 18, 2013

DICEKUP PECAH RUMAH SENDIRI

  
Muar - Misteri kehilangan pelbagai peralatan termasuk perkakasan elektrik milik seorang wanita di rumahnya terjawab apabila anaknya ditahan polis, kelmarin.

Suspek yang dipercayai bersubahat dengan seorang rakannya diberkas polis di rumah rakannya itu yang terletak berhampiran dengan kediaman wanita malang itu di Taman Cempaka Selatan, Parit Perupok, di sini.

"Suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan dadah," kata Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob.

"Rakan suspek pula yang berasal dari Batu Anam, Segamat tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan jenayah atau dadah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis heroin dan direman sehingga hari ini (Ahad) dan kes itu disiasat di bawah 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1957.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.