Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.