Umumnya mengetahui bahawa Abby dan pasangan suami isteri, Noman Hakim dan Memey Suhaiza menjalinkan hubungan yang baik sebelum ini. Apabila mendapat tahu Abby sudah berkahwin baru-baru ini, mereka tidak ketinggalan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru itu.
“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya,” ujar Memey kepada Media Hiburan.
Apabila ditanya adakah mereka sudah sedia maklum mengenai Abby akan berkahwin lagi, Memey menjawab bahawa mereka hanya diberi ‘hint’ oleh aktress tersebut.
“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini,” ujar Memey ringkas.
Dalam pada itu, bekas kekasih Abby, Zul Ariffin melahirkan rasa terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan bekas buah hatinya itu.
“Tiada apa yang boleh saya katakan tetapi saya gembira dengan berita tersebut dan baguslah dia sudah berumah tangga,” katanya.
Untuk pengetahuan pembaca, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011.