Nabila Huda Berpuasa Di New Zealand, Raya di Itali -
Nampak gayanya semakin laris Nabila Huda pada masa ini dan dilihat
dirinya sering berpeluang menjalani penggambaran di negara luar.
Baru-baru ini Nabila telah terbang ke New Zealand untuk menjalani
penggambaran serta menyambut Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa
disana.
Menurut Nabila, meskipun bulan puasa namun dirinya tetap bekerja keras kerana sememangnya dirinya kuat bekerja sejak dari dahulu.
“Saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak.
“Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna,” ujar Nabila Huda kepada Berita Harian hari ini.
Tambahnya lagi, dia sengaja menerima tawaran tersebut meskipun tahu penggambarannya akan diadakan pada bulan puasa.
“Saya terima tawaran itu kerana tidak mahu melepaskan peluang menjejakkan kaki ke negara orang. Saya ammat menantikan peluang seperti ini,” ujarnya.
Sementara itu, Nabila turut memberitahu pada hari raya kelima nanti beliau akan terbang ke bandar Venice dan Milan di Itali untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar dibawah arahan Erma Fatima.
Dari myartis.