Followers

Tuesday, July 16, 2013

Kes saya tiada kaitan dengan blogger lucah, kata mangsa culik

July 17, 2013

Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.

"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya. - 17 Julai, 2013.-tmi
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.